Ruang Kerja Premium Di Kuantan

Ruang Kerja Untuk Mereka Yang Mendesak Hasil.

Tinggalkan kafe yang bising dan rumah yang penuh gangguan. KALCERSPACE menyediakan ruang bebas gangguan yang direka khusus untuk anda mencapai fokus 100%.

Realiti Sebenar

Adakah anda diam-diam kehilangan potensi pendapatan kerana ruang kerja yang salah?

Idea bernilai tinggi perlukan kefokusan maksimum. Hakikatnya: di rumah anda diganggu urusan peribadi. Di kafe yang bising, anda terpaksa berebut tempat dan bergelut dengan Wi-Fi yang merangkak.

Fokus anda tercalar. Masa anda terbuang.

Berhenti merompak potensi diri anda sendiri. KALCERSPACE adalah "senjata rahsia" untuk founder, freelancer dan pasukan yang dahagakan persekitaran profesional, senyap dan eksklusif.

Kemudahan Fasiliti

Segalanya telah disediakan.
Anda hanya perlu datang & mula kerja.

Internet Gigabit Laju

Tiada lagi zoom call yang tersekat-sekat. Muat naik fail gergasi dalam sekelip mata dengan Wi-Fi berkestabilan tinggi kami.

Kafein Percuma Tanpa Had

Pantry kami sentiasa dipenuhi ruang teh & kopi. Bancuh sebanyak mana yang anda perlukan untuk pastikan tahap tenaga anda sentiasa di puncak.

Bilik Kedap Bunyi

Perlu bincang hal rahsia syarikat? Gunakan Phone Booth kami yang memberikan privasi audio 100% dari ruang utama.

Komuniti Networking Premium

Anda adalah cerminan 5 orang di sekeliling anda. Kelilingi diri anda dengan usahawan, freelancer & developer hebat.

Soket Plug Setiap Inci

Tinggalkan powerbank anda. Setiap stesen kerja dilengkapi soket kuasa untuk memastikan peranti anda hidup sepanjang masa.

Lokasi Paling Strategik

Tidak perlu pening memikirkan tapak letak kereta atau akses pengangkutan awam yang payah. Segalanya mudah diakses.

Galeri Ruang

Rasai Sendiri Suasana Eksklusif

Ruang kolaborasi yang menyatukan keselesaan dan kepraktisan. Lebih dari sekadar meja dan kerusi; ini adalah medan pertempuran idea anda yang seterusnya.

Bilik Mesyuarat Utama

Bilik Mesyuarat Utama

Lengkap dengan whiteboard dan pencahayaan studio untuk pembentangan impak tinggi.

Ruang Perbincangan

Ruang Perbincangan

Privasi penuh dengan roller blind dan ruang kedap bunyi.

Sudut Terasing & Santai

Sudut Terasing & Santai

Direka khusus berserta pencahayaan selesa untuk berehat atau fokus secara bersendirian.

Pakej & Ruang

Pilih Ruang Kerja Anda

Dari ruang kongsi hingga penyewaan penuh dewan. Kadar fleksibel bermula dari serendah RM7.

Coworking Hall

Coworking Hall

Meja terbuka yang kondusif. Ideal untuk solo, remote worker, atau team kecil.

RM7 / jam

Diskaun Kumpulan Tersedia

Meeting Room
Paling Laris

Bilik Mesyuarat

Bilik kedap bunyi untuk privasi maksimum. Sesuai untuk perbincangan, temuduga, & presentasi klien.

RM50 / jam

Turut sedia pakej Half-Day & Full-Day

  • Paparan Skrin TV & HDMI
  • Whiteboard & Marker
Full Hall Event

Sewaan Full Hall

Dominasi keseluruhan ruang dewan untuk privasi 100%. Terbaik untuk bengkel rahsia atau retreat syarikat.

RM80 / jam

Kapasiti sehingga 30 - 50 Pax

Masa untuk tingkatkan output dan kerjaya anda.

Jangan berlengah lagi. Meja terhad setiap hari untuk mengekalkan suasana kerja yang optimum dan eksklusif.